Episod 2
by kilatsenyapSeusai tamat perbincangan antara beberapa kumpulan askar upahan dan para ketua pasukan askar tetap, sekitar setengah jam kemudian pasukan pembasmian pun berangkat. Mereka berarak masuk ke dalam hutan tebal yang dipenuhi deretan pokok besar. Pergerakan satu kompeni (100 askar upahan dan 100 askar tetap) memang sangat ketara. Di samping itu, kerana ramai orang luar dan koordinasi yang hanya ad hoc, mereka agak lemah terhadap serangan hendap. Walaupun begitu, kumpulan bersenjata biasa atau senjata biologi tidak akan mampu menandingi mereka. Perbezaan jumlah sahaja sudah memberi kelebihan sebesar itu. Mereka pasti menang. Itulah apa yang semua orang fikir.
Sehinggalah mereka melihat “itu”.
Kejadian aneh itu mungkin berlaku sedikit selepas tengah hari. Khabarnya askar peninjau yang keluar telah menemui sebuah rumah.
“Aku tak pernah dengar ada orang tinggal di tempat macam ni. Besar kemungkinan itu ialah kubu musuh.”
Jeneral menilai kebarangkalian musuh itu sebenarnya ahli sihir wanita adalah rendah. Tiada seorang pun daripada pasukan pembasmian yang lalu pernah kembali. Andaikan musuh benar-benar majo, mampukah dia menewaskan ramai manusia tanpa seorang pun sempat melarikan diri? Sehebat mana pun musuh itu, selagi dia seorang individu, tentu ada hadnya. Berdasarkan perkara di atas, kemungkinan besar mereka telah diserang hendap dan dikepung. Beberapa peninjau sudah pun dihantar mengelilingi pasukan. Dalam jaringan kawalan itu, mereka sengaja mewujudkan ‘lubang’, dan pada lokasi itu askar upahan telah ditempatkan. Kasihan pada mereka, tetapi biarlah mereka menjadi perisai; bayaran yang lumayan telah pun dibayar.
Tidak lama selepas itu, mereka tiba di kawasan lapang.
“Itu ke rumah yang disebut dalam laporan? Apa hal dengan rumah tu…?”
Saiznya lebih kurang seperti sebuah rumah kediaman yang agak luas. Dari jauh jelas bukan binaan kayu. Juga tidak kelihatan seperti binaan batu. Kalau terpaksa dikatakan, ianya adalah tanah.
Bukannya rumah daripada tanah tidak wujud, tetapi dengan kayu melimpah di sekeliling, tetap juga memilih tanah.
Sambil memikirkan kejanggalan itu, Jeneral tetap mengeluarkan arahan.
“Semua orang, status berjaga-jaga. Pasukan Pertama kepung rumah di hadapan dan periksa bahagian dalam. Pasukan Kedua beri perlindungan, yang lain di kawasan sekelil…”
Arahan yang terhenti separuh jalan itu membuatkan anak buah berwajah hairan, namun sekelip mata mereka sedar akan sebabnya.
Entah bila, ada seorang wanita berdiri di depan rumah itu. Umurnya mungkin awal 20-an. Rambutnya yang mencecah pinggang hitam legam bak tumpahan dakwat, dan matanya biru pekat seolah-olah menarik pandangan. Sebaliknya, wajahnya putih bening seakan porselin.
Walaupun jelitawan, boleh dikatakan setaraf legenda, perasaan yang terlukis pada wajah para askar yang melihatnya cuma satu.
———Menakutkan.
Menangkap sesuatu yang hanya boleh digambarkan begitu, Jeneral pun faham.
Itu ialah majo.
“… Semua unit siap tempur! Musuh ialah majo di hadapan! Perisai ke depan, pemanah bersedia!”
Dia menekan rasa takutnya dengan pengalaman dan terus melontarkan arahan. Itu sangat berbahaya. Berhadapan entiti yang barangkali paling berbahaya pernah dia rasai, terlintas mahu menampar diri sendiri yang tadi sempat leka.
Sejenak kemudian, para askar segera mematuhi arahan dan bergerak. Entah bila, majo sudah menghulurkan tangan ke arah mereka. Nampak seperti dia mengucapkan sesuatu, tetapi kerana jarak terlalu jauh, kata-katanya tidak kedengaran jelas. Dalam tempoh itu, persiapan para askar selesai. Perisai disejajarkan di hadapan sambil mencangkung, dan di belakangnya pemanah memasang anak panah.
“Sasar, tem…”
Pada detik dia hendak mengeluarkan arahan itu. Satu bau aneh terhidu. Satu bau menyengat yang tidak pernah dihidu, sukar digambarkan.
“Apa tu?”
Sejurus selepas seseorang menyebut begitu—
———Bumi menghunus taring.
0 Comments