Search Jump: Comments
You have no alerts.
    Header Background Image
    Bacaan ringan dalam Bahasa Melayu

    Episod baru; perbincangan mengenai perlengkapan masuk dungeon. Sambungan dari episod 5.


    Pendaftaran penerokaan dah dibuat; jadi bila lesen peneroka diimbas pada pintu keselamatan yang bersambung ke dungeon, akhirnya penerokaan dungeon bermula.

    “Awak dekat sana! Boleh saya ganggu sekejap?”

    Masa Suzuka sedang menuju ke pintu keselamatan itu, seseorang yang nampak macam ahli persatuan menegurnya. Lelaki itu nampak muda, lebih kurang lewat 20-an.

    “Ada apa?”

    “Penerokaan kali ni… tujuan awak nak dapat berkat dungeon ke?”

    Bila masuk dungeon, seseorang boleh mula tengok status dan macam-macam maklumat diri sendiri. Inilah yang orang panggil berkat dungeon dan untuk dapatkan berkat tu, budak tingkatan tiga yang genap 15 tahun memang akan masuk dungeon sekurangnya sekali. Hari jadi Suzuka jatuh pada Heisei 6, 6/6—“hari ketakutan”—dan Suzuka pun pernah datang dengan ayahnya untuk dapatkan berkat dungeon.

    Berkat dungeon biasanya dibuat dengan penjaga, dan untuk ibu bapa pun, ini satu acara yang penting. Ini sebab merekalah yang akan tewaskan raksasa dan tunjuk style depan anak-anak. Tapi penjaga bukanlah syarat wajib, jadi ada juga budak yang datang dengan kawan-kawan, atau datang seorang diri untuk dapatkan berkat.

    “Tak. Berkat tu aku dah dapat. Kali ni aku datang sebab nak buat penerokaan dekat Aras 1, Zon 1.”

    “Penerokaan… ya. Kalau macam tu, mungkin saya boleh kongsi sedikit info yang berguna, boleh tak awak luangkan sekejap?”

    Sambil cakap begitu, lelaki itu tambah, “Tak sampai lima minit pun,” lalu mempelawa Suzuka duduk di bangku berdekatan, siap suruh duduk sebelah.

    Dia ni… mungkin tengah ambil berat. Budak yang baru lepas genap 15 tahun nak masuk dungeon seorang diri. Dia tak halang, tapi mungkin dia nak bagi nasihat. Sekurang-kurangnya supaya Suzuka tak mati.

    Dengan fikiran sebegitu, Suzuka pun duduk di sebelahnya dan memilih untuk dengar. Selain ingatan dunia sebelum ni, Suzuka juga dah habiskan semalaman satu hari cari pasal dungeon, tapi setakat itu saja yang sempat dibuatnya. Kalau boleh dapat info yang betul-betul berguna, rugi pula kalau lepaskan, jadi Suzuka pun melabuhkan punggung di bangku.

    “Mula-mula, awak kata awak nak buat penerokaan. Awak buat dalam party dengan keluarga atau kawan-kawan ke?”

    “Tak. Aku sorang.”

    “Maaf tanya, tapi boleh saya tahu umur dan level awak?”

    Sebenarnya, bertanya mengenai level seorang peneroka adalah tak digalakkan. Antara kalangan peneroka sendiri, masing-masing sentiasa berjaga-jaga. Mereka risau jadi punca pergaduhan atau disasarkan orang lain. Kalau level atau status tersebar, ada risiko peneroka yang lebih kuat jadikan orang yang lemah sebagai makanan. Tapi untuk budak yang baru nak mula macam Suzuka, level dia pun biasanya boleh diagak, jadi tak perlu terlalu berhati-hati.

    “Aku tingkatan tiga, umur 15. Level aku masih 1.”

    “Terima kasih. Jadi, awak tahu tak raksasa yang sesuai untuk level macam tu?”

    “Biri-Biri Mabuk yang tak berkumpulan?”

    “Betul. Kalau awak pun dah tahu yang Rakun Cerek Teh tak patut jadi sasaran, maksudnya awak memang buat kajian elok.”

    Biri-Biri Mabuk dan Rakun Cerek Teh kedua-duanya raksasa yang boleh ditewaskan dari level 1. Cuma, Rakun Cerek Teh kadang-kadang boleh ‘menyamar’. Ia akan berubah jadi Teko Tembikar, yang juga raksasa Aras 1, Zon 1, tapi yang ini level dia 5 ke atas dan dia guna sihir air. Ia bukanlah pihak lawan yang patut dicabar kalau masih level 1. Kalau timbang risiko, untuk level 1 memang pilihan paling selamat hanya Biri-Biri Mabuk.

    “Kalau awak nak jadi Peneroka, ada pilihan untuk ke Sekolah Menengah Peneroka. Tapi kalau tujuan awak nak naikkan level pula, ada juga pusat latihan. Awak dah pertimbangkan kedua-dua itu?”

    “Ya. Aku dah pertimbangkan, dan sebab tu aku ada dekat sini sekarang.”

    Orang yang masuk dungeon bukan semestinya semua bermatian target nak jadi peneroka. Bila level naik, seseorang akan dapat manfaat daripada status. Pusat latihan pula ialah kelas yang bantu orang buat leveling dengan lebih selamat. Lebih kurang sampai level 10, semata-mata untuk dapat manfaat *status* tu.

    Lebih kurang macam pusat latihan memandu. Manakala Sekolah Menegah Peneroka, seperti namanya, ialah sekolah vokasional untuk jadi peneroka. Kebanyakan pelajar yang nak jadi peneroka akan masuk Sekolah Menegah Peneroka.

    Sampai ada yang kata, majoriti peneroka yang tengah aktif sekarang pun adalah graduan sekolah peneroka. Kelebihan masuk Sekolah Menegah Peneroka memang besar. Pelajar bukan saja boleh belajar asas-asas jadi peneroka dengan teratur, malah ada pinjaman senjata dan perisai, siap ada guru yang ikut mengiringi masa penerokaan.

    Memang benar, walaupun cuma pelajar sekolah, kalau berlaku kemalangan yang tak dijangka, dungeon tetap tempat yang boleh ragut nyawa. Tapi hakikat bahawa mereka boleh berkembang sampai tahap ‘lepas beginner’ bila tamat sekolah, dan itu adalah satu kelebihan yang sangat besar.

    Tambahan pula, Sekolah Menegah Peneroka ada kerjasama dengan Persatuan Peneroka, jadi yurannya lebih kurang sama macam sekolah menengah awam. Itu juga menjadi satu daya tarikan.

    Tapi itu cerita sekolah menengah atas. Kalau Suzuka nak masuk pun, itu masih cerita lebih dari enam bulan lagi. Suzuka nak masuk dungeon sekarang. Nak ambil peperiksaan masuk atau tak, bila dah sampai masa nanti, dia akan putuskan.

    “Baik, saya faham. Akhir sekali… senjata awak tu, awak memang nak guna yang itu?”

    Melihat ke arah yang ditunjukkan staf tersebut, kelihatan senjata Suzuka yang tersangkut di bahu. Bat besi baseball. Itu barang lama masa dia main baseball waktu kecil dulu. Bila masuk sekolah menengah, Suzuka pilih kelab lain, jadi bat itu dah lama berhabuk dalam stor. Baru sekarang dia bawak keluar semula.

    “Kalau awak sanggup bayar, dekat guild ada peralatan sewaan untuk pemula. Bukan saja senjata, perisai pun ada. Dan kalau ada pengiring yang layak, kami juga ada sewaan senjata api. Awak berminat nak sewa?”

    Dalam dunia ini pun, di Jepun tetap ada undang-undang pemilikan senjata api dan pedang, jadi bukannya setiap rumah boleh simpan pistol. Cuma, dalam dungeon, disebabkan senjata api boleh tewaskan raksasa dengan lebih selamat, penggunaannya dibenarkan. Malah, dekat pusat latihan pun, cara yang biasa untuk naikkan level memang banyak guna senjata api.

    Sudah tentu budak tak boleh sewenang-wenangnya nak menyewa senjata api, dan mesti ada pemegang kelayakan yang menemani. Tapi dibandingkan dengan Jepun dalam dunia asal, urusan penggunaan senjata memang jauh lebih mudah.

    Suzuka pakai jaket sukan sekolah yang ditetapkan. Senjatanya pula bat besi. Memang tak nampak macam orang yang patut masuk dungeon. Tapi untuk Suzuka, ini ‘set ringan’ yang dia pilih lepas fikir masak-masak. Kalau ikut hati, memang sekurang-kurangnya dia nak pinjam perisai, tapi ikut rancangan asal, dia tetap nak masuk dengan persiapan ini.

    “Tak apa. Aku teruskan macam ni je.”

    Mungkin staf itu tak sangka Suzuka betul-betul nak cuba dengan set macam tu, sebab bila dengar jawapan Suzuka, muka dia sempat berubah. Tampak jelas terkejut sekejap.

    “Bat besi…? Patutlah Hachiōji…”

    “Kenapa pula dengan Hachiōji?”

    “Tak… maaf. Tak ada apa-apa.”

    Staf itu macam terlepas cakap, lalu membebel sesuatu, perlahan, menyebabkan Suzuka tak sempat tangkap betul-betul. Mungkin maksudnya, “kalau dungeon Hachiōji, masih okay kot,” lebih kurang macam itulah.

    Mula-mula staf itu memang berwajah macam “kau ni biar betul?”, tapi dalam hal penerokaan dungeon, kemahuan seorang peneroka ialah perkara yang paling dihormati. Jadi, mungkin sebab rasa tak elok nak menyibuk lebih lanjut, staf itu pun tak sentuh lagi pasal peralatan.

    “Terima kasih sebab sudi luangkan masa. Semoga awak mendapat perlindungan wira. Selamat maju jaya.”

    Lepas berkata begitu dan tunduk sekali, dia pun kembali sambung tugasnya.

    0 Comments

    Heads up! Your comment will be invisible to other guests and subscribers (except for replies), including you after a grace period.

    Note