Search Jump: Comments
You have no alerts.
    Bacaan ringan dalam Bahasa Melayu

    Hari itu ialah hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-10.

    Di atas meja makan terhidang sup kerang dan ikan seperti biasa, bersama sate udang sungai.

    Itulah pemandangan sebuah keluarga di kampung nelayan yang miskin tetapi tenang.

    Rumahnya seperti sebuah pondok kecil yang hanya mempunyai satu ruang.

    Dindingnya diperbuat daripada batu, tetapi bumbungnya beratap jerami.

    Di tengah rumah terdapat irori (tungku api tradisional Jepun), dan kami duduk bersila di lantai mengelilinginya.

    Ayah mengikat rambut hitam panjangnya di bahagian atas kepala dalam bentuk sanggul, dan bahagian atas tubuhnya tidak berbaju. Dia memakai fundoshi (kain pinggang tradisional) daripada kain kasar seperti kain rami, dipakai seperti seluar dalam.

    Pakaian aku juga hampir sama.

    Sebenarnya, penampilan bertelanjang dada ini adalah kebiasaan bagi lelaki di kampung ini.

    Ibu mengikat rambut panjang berwarna perang di bahagian belakang leher dan memakai baju seperti kimono berdepan silang daripada kain rami, bersama kain seperti skirt daripada bahan yang sama.

    Semasa muda, mereka memakai kantoui (pakaian tradisional tanpa lengan). Apabila tubuh membesar, mereka mula memakai baju berdepan silang.

    Inilah gaya pemakaian asas bagi perempuan.

    Ayah bercerita tentang hal menangkap ikan, manakala ibu berbicara tentang keadaan jiran tetangga.

    Itu hanyalah satu adegan biasa pada waktu malam di sebuah keluarga kampung nelayan.

    Namun, secara tiba-tiba, tanpa diduga, aku teringat.

    Kenangan diriku yang lalu. Ingatan dari kehidupan lampau.

    Ya, ini adalah… isekai tensei (kelahiran semula di dunia lain)!!

    Dalam kehidupan lampau, aku hanyalah seorang pengurus kedai konbini (kedai serbaneka) yang makan gaji.

    Pada musim dingin ketika aku berusia 32 tahun, akibat pekerja sambilan pulang ke kampung dan wabak influenza, tenaga kerja jadi tidak mencukupi. Aku terus mengisi syif siang dan malam sehingga hilang perkiraan berapa hari berturut-turut aku dah bekerja, dan akhirnya aku meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di atas meja di ruang belakang kedai.

    Itulah yang disebut sebagai karōshi (kematian akibat kerja berlebihan).


    Kerana terlalu terkejut, aku berhenti makan dan terpaku, lalu kedua-dua ibu bapaku memandangku dengan penuh rasa hairan.

    Apa ni… mereka berdua lebih muda daripada aku!

    Semalam mereka kelihatan seperti orang dewasa, tetapi kini tiba-tiba nampak begitu muda.

    Eh? Apa semua ini?

    Aku masih mempunyai ingatan yang jelas tentang kehidupanku sehingga aku berumur 10 tahun di dunia ini. Pada masa yang sama, aku juga mengingati kehidupanku sehingga umur 32 tahun di kehidupan lampau.

    Adakah ini benar-benar isekai tensei?

    Adakah ini yang disebut sebagai tripper (pengembara antara dunia)?

    Atau… adakah hanya ingatan yang mengalir masuk ke dalam diriku?

    “Omi, kenapa?”

    “Tulang ikan tersangkut ke?”

    Kedua-dua ibu bapaku serentak menjenguk ke mataku.

    Aku segera menundukkan pandangan.

    Ya, di dunia ini aku diberi nama Omikron.

    Kebanyakan orang memanggilku Omi.

    Aku tidak mempunyai nama keluarga.

    Kerana aku hanyalah orang biasa.

    Terus terang, aku berasa bersalah.

    Dua insan ini telah bersusah payah selama sepuluh tahun membesarkan aku.

    Aku mula merasa seolah-olah jiwaku yang kotor telah merampas hasil cinta mereka.

    “Tak ada apa-apa… Oh ya, ayah sekarang berumur berapa?”

    “Aku? Tahun ini aku akan berusia 28. Ibu kamu pula 26.”

    (Serius ni…?)

    Aku memandang ayah—kulitnya sawo matang kerana sinaran matahari, bahunya lebar, perutnya rata. Langsung tidak menyerupai diriku di kehidupan lampau. Aku dulu berperut buncit dan berkulit pucat tidak sihat, hasil daripada makan bento buangan kedai sendiri dan minuman Strong Zero.

    Aku memandang ibu—seluruh tubuhnya langsing, berfigura seperti seorang gadis. Wajahnya cukup menawan. Jika tanpa solekan pun begini, pasti dia akan kelihatan jauh lebih cantik dengan mekap.

    Jika diperhatikan, bahagian dadanya juga…

    Aku menggeleng kuat. Tidak, aku tidak mahu melihat ibu dengan pandangan sebegitu.

    “Ada apa? Bukankah kamu gembira sudah berusia 10 tahun?”

    “Sudah tentu gembira! Lagipun, aku akan dibenarkan memegang mori (lembing) dan turun ke laut, kan?”

    Di kampung ini, kanak-kanak tidak dibenarkan menikam ikan dengan lembing sebelum berusia 10 tahun. Ini kerana risiko dihanyutkan ombak besar dan bahaya berlaku kecederaan.

    Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun biasanya hanya mengutip kerang di kawasan aliran sungai.

    Di dunia ini, umur biasanya dikira dengan kaedah kazoedoshi (umur kiraan tradisional Jepun).

    Namun, kerana adat kampung ini, mereka menggunakan umur sebenar (man-nenrei).

    Maksudnya, aku kini berumur 10 tahun mengikut umur sebenar, tetapi 11 tahun jika dikira dengan kaedah tradisional.

    “Ya, esok kamu akan turun ke laut bersama aku.”

    “Omi, dengar baik-baik kata ayah, jangan alihkan pandangan daripada keadaan laut, hati-hati tau?”

    “Ya, baik.”

    Aku segera menghabiskan makan malam dan beralih kepada rutin harianku—mengurus ayam.

    Jika aku terus berbual, mungkin aku akan terlepas cakap sesuatu yang pelik.

    Aku pergi ke dapur, lalu mencincang sisa sayur dengan pisau yang diperbuat daripada kulit kerang. Setelah selesai, aku keluar dan mengambil bakul anyaman yang diletakkan di atas bumbung.

    Di dalam bakul itu terdapat sisa ikan dan organ dalaman yang dijemur. Aku mencincangnya halus dengan pisau, kemudian mencampurkannya bersama sisa sayur tadi. Inilah makanan ayam.

    Aku menaburkan makanan di lantai reban, lalu meniup wisel. Ayam-ayam yang berada di halaman pun masuk ke dalam.

    Sambil memandang ayam-ayam yang mematuk makanan di kakiku, aku berfikir: adakah ingatan ini benar-benar nyata?


    Aku kembali mengenang memori kehidupan lampau.

    Selepas tamat sekolah vokasional, aku bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang amat toksik (black company), dihujani dengan sasaran jualan yang melampau dan cacian tanpa henti.

    Tidak lama kemudian, aku mengalami masalah mental dan kembali bekerja di konbini (kedai serbaneka) tempat aku pernah bekerja sambilan semasa sekolah menengah.

    Kemudian, daripada ketua pekerja sambilan aku naik menjadi pengurus kedai.

    Apabila menjadi pengurus, pendapatan meningkat dan hidup lebih stabil, tetapi cuti tahunan terus hilang sama sekali.

    Aku merancang untuk berhenti kerja di konbini setelah ada sedikit simpanan, kemudian mencari pekerjaan yang lebih baik. Namun, dalam kesibukan mengurus ibu bapa yang berpindah ke pangsapuri dengan kemudahan penjagaan, dan mengambil alih operasi kedai selepas pemilik sebelumnya meninggal dunia, tanpa sedar aku sudah melepasi usia 30 tahun.

    Teman wanita?

    Itu sesuatu yang langsung tidak pernah aku rasai, kerana aku berasal dari sekolah lelaki.

    Pada mulanya, aku cuba mendekati pelajar sekolah menengah (JK) yang bekerja sambilan, dengan cara yang agak tersirat. Namun, apabila dianggap melakukan gangguan seksual dan mereka mula menjauhkan diri, malahan ramai berhenti kerja, aku terpaksa mengambil jarak.

    Walaupun aku sepatutnya menjadi orang paling berkuasa di kedai, suasana menjadi sangat tidak selesa. Pekerja sambilan bersikap dingin, pekerja separuh masa memandang serong, dan pihak ibu pejabat memberi tekanan secara halus tentang pematuhan undang-undang. Akhirnya, aku terpaksa melupakan idea bercinta di tempat kerja.

    Selepas itu, aku cuba melihat aplikasi jodoh, tetapi berbanding rakan sebaya, pendapatanku tidak seberapa, aku tiada pengalaman dating, tidak tahu tentang fesyen atau makanan mewah, perutku buncit, dan aku tiada cuti tetap.

    Aku takut kalau akum ula mengekori sahaja perempuan cantik, nanti muncul abang-abang yang menakutkan, jadi akhirnya aku tidak bertemu dengan sesiapa pun.

    Kadang-kadang, bila bertemu rakan sekolah menengah yang datang membeli di kedai, aku bergurau sambil ketawa, “Akhirnya aku jadi magician, hahaha,” dan tak lama kemudian aku terus mati begitu sahaja.

    Adakah seorang budak lelaki berusia 10 tahun di kampung nelayan mampu mereka cerita yang begitu menyedihkan dan menyayat hati? Tidak, itu adalah mustahil.

    Kenangan ini sememangnya milikku.

    Jadi, adakah ingatan tentang hidup 10 tahun di kampung nelayan ini yang salah?

    Tidak, itu pun tidak. Lihatlah tubuh ini.

    Bahu yang kecil, perut yang rata, lengan yang kurus. Jika dibandingkan dengan ingatan kehidupan lampau, jelas aku hanyalah seorang murid sekolah rendah.


    Tiba-tiba, aku disapa oleh seseorang.

    “Omi, hari sudah gelap.”

    Ayah datang menjenguk kerana bimbang.

    Sungguh aku berterima kasih, walaupun hakikatnya aku kini berjiwa seorang lelaki berusia 32 tahun.

    Walaupun perasaan di mindaku masih bercelaru, aku akan berusaha hidup sebaik mungkin di dunia ini demi membalas kasih sayang kedua ibu bapaku yang menyayangi aku sebagai anak berusia 10 tahun.

    Ya, aku nekad membuat keputusanit, Ketika ku masih di dalam reban ayam.

    0 Comments

    Heads up! Your comment will be invisible to other guests and subscribers (except for replies), including you after a grace period.

    Note