Search Jump: Comments
You have no alerts.
    Bacaan ringan dalam Bahasa Melayu

    Salam sejahtera semua, pertama kali kita berjumpa. Nama aku Jōzenji Suzuka (定禅寺鈴鹿).

    “Indeks Harga Saham Nikkei sedang mengalami kejatuhan besar―――”

    Tahun ini, usia aku genap tiga puluh tahun. Selama ini aku tidak begitu mengambil berat tentang umur, tetapi apabila tiba di usia tiga puluh, aku hanya mampu terkejut dengan betapa pantasnya masa berlalu.

    “Kadar kejatuhan ini adalah angka bersejarah, dengan momentum yang mengatasi Lehman Shock―――”

    Walaupun sudah melepasi usia tiga puluh tahun, keadaan hidup aku tidak banyak berubah. Aku pergi ke pejabat, dan apabila pulang ke rumah, aku habiskan masa bermain game, menonton video melalui subscription atau melayari telefon pintar—hari-hari yang tidak banyak perbezaan.

    “Seiring dengan itu, pengukuhan nilai yen juga nampaknya semakin pantas. Malah mencatat pengukuhan sebanyak 18 yen berbanding hari sebelumnya―――”

    Ya, betul. Walaupun aku fikir kehidupan yang sama akan berterusan, kadangkala ia boleh berubah secara tiba-tiba.

    “Ahah… ahah… baki aku jadi tinggal banyak ni…”

    Seorang lelaki yang kehilangan kewarasan, menitiskan air mata namun entah mengapa senyuman tetap melekat di wajahnya. Ya, itulah aku, Jōzenji Suzuka.

    Di televisyen, berita pagi ini melaporkan bahawa kejatuhan ini melebihi Lehman Shock, sementara telefon pintar di atas meja berbunyi dengan notifikasi yang memberi amaran tentang risiko Forced Settlement akibat turun naik dalam pasaran, dan pada skrin komputer terpapar angka kerugian yang terlalu menyakitkan untuk ditatap. Setiap pelosok tubuh mengelilingi Suzuka terasa seakan menjerut perutnya, memberikan rasa tidak selesa seolah-olah asid perutnya naik ke kerongkong.

    Dia adalah seorang lelaki bujang tanpa hobi yang mahal. Jika dibiarkan, simpanan dia akan terkumpul dalam jumlah yang baik. Segala-galanya bermula kerana dia tekad untuk tidak mahu bekerja keras, lalu dia memulakan pengurusan aset. Pada mulanya, dia tidak begitu mengerti tentang apa yang dia perlu lakukan. Oleh sebab itu, dia serahkan semuanya kepada dana amanah pelaburan, tetapi lama-kelamaan pergerakan naik turun aset telah menarik perhatiannya, dan tanpa sedar dia mula jual-beli setiap hari sehingga akhirnya sampailah kepada FX.

    Pada mulanya, jual-beli dilakukan dengan jumlah kecil. Namun, kerana ingin menebus kerugian, dia hilang pertimbangan dan meningkatkan leverage, dan kebetulan berjaya meraih keuntungan yang besar—itulah permulaan segalanya, atau lebih tepat, permulaan kepada pengakhiran.

    Pironin♪ (bunyi notifikasi).

    Telefon pintar berbunyi, dan diatas skrin muncul notifikasi baharu. Tertulis: ‘Posisi anda telah liquidated.’ Maksudnya: ‘Disebabkan kerugian FX melebihi baki, kami akan melaksanakan forced settlement.’ Secara ringkas, ia bermaksud: anda kerugian teruk dalam FX, jadi baki anda akan menjadi sifar.

    Apabila dia mengalihkan pandangan ke skrin, ruangan baki yang suatu ketika dahulu bersinar dengan angka melebihi empat digit dalam unit man-en (puluh ribu yen), kini hanya memaparkan 334 yen—angka yang kelihatan begitu kosong.

    Dia tidak mampu memikirkan apa-apa. Beberapa hari kebelakangan ini, dia terus dipermainkan oleh pasaran saham; setiap kali cuba menutup kerugian, kerugian baharu pula menimpa. Pandangan di hadapan menjadi kabur, dan buat pertama kali dia merasakan darahnya seolah-olah surut. “Masih boleh. Peluang masih ada. Aku akan dapatkan balik lain kali. Mula dari sini mesti akan naik.” Itulah apa yang dia percaya, namun sentiasa dikhianati. Setiap kali kita jual-beli secara berlawanan, pasaran bergerak berlawanan pula. Dia benar-benar terfikir, adakah seseorang sedang memerhatikannya, lantas mengubah pasaran? Mindanya terasa seakan hilang kewarasan.

    Dan hari ini, forced settlement. Segala-galanya dah pun hilang.

    Keputusasaan. Pernah suatu ketika dia begitu teruja, berfikir mungkin boleh mencapai FIRE (bersara awal), namun kini dia diserang rasa hampa yang mendalam.

    Namun, anehnya, ada sebahagian dirinya yang berasa lega. Dia telah dihalau secara paksa daripada kehidupan yang dikuasai FX—kehidupan di mana dia menatap skrin carta tanpa henti, terjaga berulang kali pada waktu malam untuk memeriksa pasaran di telefon pintar, sehingga pandangannya menjadi sempit. Gabungan rasa kosong dan rasa bebas itu membuatkan air mata mengalir tanpa henti, namun entah mengapa hujung bibirnya terkedip-kedip.

    Tanpa mengelap air mata yang mengalir, dia mengambil telefon pintar dan menghubungi tempat kerja.

    “Selamat pagi. Saya Jōzenji. Adakah ini Ketua Jabatan?”
    ‘Oh, Jōzenji ya. Ada apa? Awak belum sampai lagi, tidak sihat ke?’
    “Ya, lebih kurang. Saya tidak demam, tetapi rasa lesu dan kosong yang sangat parah. Jadi, izinkan saya bercuti hari ini.”
    ‘Awak okey? Baiklah, cuti diluluskan. Ada kerja yang perlu diselesaikan hari ini?’
    “Tidak, kerja semuanya okey.”
    ‘Baiklah. Kebelakangan ini awak nampak kurang sihat. Berehatlah secukupnya. Jaga diri.’
    “Terima kasih. Jumpa lagi.”

    Walaupun cuti ini mendadak, mereka meluluskannya dengan mudah. Saya bersyukur mempunyai syarikat dan ketua yang berfikiran terbuka.

    Aku meletakkan telefon pintar di atas meja, tanganku menekan tempat letak tangan kerusi untuk bangun. Aku tak dapat memfokuskan tenaga, tubuhku rasa goyah, namun aku berusaha berdiri dan menuju ke katil.

    (Aku betul-betul lemah. Sejak kebelakangan ini pun aku jarang tidur dengan baik. Bila bangun nanti, mungkin aku akan main permainan video—dah lama tak main.)

    Bukan sahaja kurang tidur, malah kerana sakit perut yang semakin parah saban hari, menyebabkan aku tidak mampu makan dengan baik. Tubuh Suzuka sudah sampai ke hadnya yang maksima. Ketika dia rebah di atas katil, dia teringat dengan permainan video yang sudah mula diselaputi debu, dan perlahan-lahan tenggelam dalam tidur yang lena.

    0 Comments

    Heads up! Your comment will be invisible to other guests and subscribers (except for replies), including you after a grace period.

    Note